Now Reading
Pihak Bomba Jelaskan Apa Yang Terjadi Ketika Kebakaran Kondo Di Bukit OUG Malam Tadi

Pihak Bomba Jelaskan Apa Yang Terjadi Ketika Kebakaran Kondo Di Bukit OUG Malam Tadi

Dua unit kediaman di tingkat 12 Kondominium Bukit OUG dilaporkan telah musnah dalam kebakaran itu.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pada malam 22 April 2021, penduduk Bukit OUG menyaksikan kejadian ngeri dan menakutkan di mana api marak dikatakan telah meletus di tingkat atas sebuah bangunan kondominium di sana.

Klip video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan api yang begitu marak dan seterusnya menghasilkan asap hitam yang tebal ke langit.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, dua unit kediaman di tingkat 12 Kondominium Bukit OUG dilaporkan telah musnah dalam kebakaran itu.

Pihak bomba menerangkan apa sebenarnya terjadi

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohamad Hafidz Yaacob berkata, “Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90% dan rumah kedua terbakar 60%. Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’.

Hafidz turut memberitahu bahawa kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 10.10 malam dan dipadam sepenuhnya pada jam 10.31 malam.

Kredit: Bomba Kuala Lumpur/YouTube

Dua mangsa juga mengalami luka terbakar 15% pada badan dan kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bomba turut berkongsi klip kejadian tersebut di lokasi kebakaran yang menunjukkan unit rumah hampir musnah dan timbunan abu dilihat. Malah, bahagian siling unit rumah terbabit juga telah hilang sepenuhnya.

Pihak Bomba menjelaskan panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 9.14 malam dan jentera bomba dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Sri Petaling dan Seputeh dengan 45 anggota segera dihantar.

Punca kebakaran masih disiasat.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd