Now Reading
Ini Kerenah Yang Hanya Wujud Pada Bulan Ramadan. Betul Ke Tidak?

Ini Kerenah Yang Hanya Wujud Pada Bulan Ramadan. Betul Ke Tidak?

Pening juga orang macam ni. Macam-macam kerenah/pe’el keluar masa bulan puasa ni.

Siti Murni

Pernah tak korang terjumpa rakan-rakan atau ahli keluarga yang jenis banyak kerenah masa bulan Ramadan? Bulan-bulan sebelumnya okay je perangai. Masuk je bulan puasa, lain macam pula.

Tapi, perlu diingatkan juga, pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Maklumlah, nak kejar keberkatan pada bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa!

Oh ya, kami nak kongsikan antara ‘kerenah’ dan perangai pelik manusia bila tibanya bulan Ramadan. Pening oi!

1. Buka puasa 7:20pm, tapi 6pm dah terpacak dekat restoran

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit gambar: Happy Fresh)

Ini salah satu perangai ‘pelik’ bila nak buka puasa. Punyalah awal datang restoran, semangat ke apa tak tahulah. Lepas itu kena tunggu berjam-jam sampai azan maghrib berkumandang. Paling menyeksakan, bila kena order dan makanan sampai awal sangat.

Kena tunggu dan hadap makanan. Bayangkan betapa seksanya jiwa dan raga.

2. Tak makan habis masa sahur, esoknya menyesal

Kredit GIF: Giphy

Paling stress bila masa tengah puasa, belum pukul 12pm dah lapar teramat. Perut buat macam-macam konsert dah. Rupa-rupanya sebab tak habiskan makanan masa sahur, akibat terlalu mengantuk.

Menyesal tak sudahlah jawabnya.

3. Asyik tengok jam untuk tunggu waktu berbuka. Macam tak pernah puasa!

Kredit GIF: Monophy

Macamlah tak pernah puasa sebelum ni. Asyik tengok jam untuk kira berapa lama lagi nak berbuka. Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Gaya lapar macam sebulan tak makan. Siapa ada kawan macam ni, tabahlah ye.

4. Kalau pergi berbuka buffet kat restoran atau hotel, WAJIB tawaf untuk post IG story!

Kredit GIF: Giphy

Perangai paling ‘common’ lebih-lebih lagi perempuan. Kalau pergi makan atau berbuka puasa kat restoran ke, hotel ke, tak sah tak keluarkan telefon dulu untuk record. Orang panggil ‘tanda hadir’ untuk bagitahu followers instagram korang berbuka mana hari ni? Betul tak?

5. Hantu bazar Ramadan. Borong semua!

Kredit gambar: Buletin TTKM

Macam biasa, kalau pergi bazar ramadan memang automatik otak jadi tak keruan lagi-lagi masa tengah lapar. Tengok air warna-warni pun jadi sedap, padahal air biasa je. Kalau tengok makanan, takpayah cakaplah. Terus jadi tak tentu arah.

Untuk yang ada self-control, OK. Tapi yang susah nak control, habis semua dibelinya. Tapi tak habis pun penghujungnya.

Macam-macam perangai korang akan jumpa di bulan puasa sebenarnya

Mungkin tahun ini akan sedikit berbeza, tapi percayalah – perangai pelik yang kami bagitahu di atas akan tetap ada di mana-mana.

p/s: Ia bukanlah perkara yang buruk, cuma kerenah ini akan terus-menerus wujud setiap tahun. #canrelate


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 10 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd