Now Reading
“Kurangkan Aktiviti Sosial Atau Kes Aktif Covid-19 Cecah 50,000 Pada Raya Nanti” – Pakar Kesihatan

“Kurangkan Aktiviti Sosial Atau Kes Aktif Covid-19 Cecah 50,000 Pada Raya Nanti” – Pakar Kesihatan

Kes harian Covid-19 yang disahkan di Malaysia kini telah melebihi United Kingdom sejak 9 April.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Aktiviti sosial seperti perhimpunan beramai-ramai harus dielakkan untuk mengurangkan kluster Covid-19. Jika tidak, jumlah kes aktif di Malaysia boleh meningkat sehingga 50,000 menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

NST memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Epidemiologi, Dr Malina Osman, yang mengatakan bahawa aktiviti yang memerlukan rakyat menanggalkan mask atau makan bersama di tempat awam harus ditangguhkan, termasuk acara buka puasa, pergi ke taman dan gim.

Dia mengatakan bahawa kenaikkan jangkitan pada masa kini juga dikaitkan dengan budaya rakyat Malaysia yang suka berkongsi makanan sebagai bentuk interaksi sosial.

Dr Malina turut menambah bahawa jika perjalanan rentas negeri diizinkan sebelum Hari Raya Aidiladha pada bulan Julai nanti, ianya hanya akan membawa kesan buruk kepada pihak Kementerian Kesihatan yang masih berjuang untuk mengatasi kes baru setiap hari yang kini telah melebihi daripada 2,000 sejak 15 April lalu.

Sehingga 21 April, 21,687 kes aktif Covid-19 telah direkodkan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Malah, kes harian Covid-19 yang disahkan di Malaysia kini telah melebihi United Kingdom sejak 9 April.

Malaysia kini melaporkan 66.03 kes Covid-19 baru per juta orang pada 19 April yang hampir dua kali ganda berbanding purata 37.5 kes di UK, berdasarkan purata tujuh hari.

Ketidakselarasan tidak akan membantu

Manipal University College Malaysia (Community and Occupational Medicine), Dr G. Jayakumar juga bersetuju bahawa aktiviti sosial yang berlaku di tempat makan tidak seharusnya terjadi kerana mereka hanya akan meningkatkan lagi risiko penularan virus ini.

Pematuhan SOP di kalangan orang ramai semakin berkurang kerana orang ramai semakin letih melihat kes yang semakin meningkat. Rakyat Malaysia juga kecewa dan tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan SOP yang dianggap tidak konsisten, di mana denda/kompaun hanya dikeluarkan kepada orang awam dengan kadar yang segera kerana melanggar SOP, sementara golongan VIP kekal bebas.

Manipal University College Malaysia Community and Occupational Medicine Professor Dr G. Jayakumar melalui NST.

Sentimen ini dikongsikan oleh Dr Malina yang juga bingung dengan ketidakselarasan dalam penguatkuasaan SOP dan juga segelintir individu yang tampaknya memiliki ‘kekebalan’ apabila mereka membuat keputusan untuk merentas negeri.


BACA SINI:Aktiviti Yang Benarkan ‘Mask’ Dibuka Punca Kes COVID-19 Meningkat” – Pakar Kesihatan

BACA SINI: Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja – PDRM


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd