Now Reading
Bau Bahan Kimia/Terbakar Di KL Sejak Malam Tadi? Ini Sebabnya

Bau Bahan Kimia/Terbakar Di KL Sejak Malam Tadi? Ini Sebabnya

Kebakaran itu berlaku di sebuah kilang memproses makanan di Gombak. Namun, ianya bukan kilang kimia seperti yang diviralkan di media sosial.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Kebakaran di sebuah kilang di Gombak malam tadi mungkin menjadi punca bau busuk yang dapat dihidu di kawasan Publika, Mont Kiara dan Taman Tun Dr Ismail bermula malam tadi hingga pagi ini.

Walaupun ada yang membuat spekulasi bahawa kilang itu adalah kilang kimia, jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menjelaskan bahawa kilang tersebut adalah kilang memproses makanan.

Kredit: Pasukan Bomba Sukarela Gombak/Facebook

Namun begitu, walaupun bau asapnya tidak menyenangkan, pihak bomba mengatakan bahawa tiada apa yang perlu dikhawatirkan kerana ianya tidak berbahaya.

Laporan yang dikongsi kepada TRP menjelaskan bahawa anggota bomba menerima panggilan kebakaran di Taman Perindustrian Dolomite pada jam 9.47 malam dan tiba di lokasi pada pukul 10.00 malam.

Keseluruhannya, 35 anggota dan 6 kenderaan dari balai bomba Selayang, Rawang, Seri Hartamas, Gombak Selatan dan Gombak terlibat dalam operasi yang berlangsung sehingga jam 1.00 pagi tadi.

Kredit: BOMBA

Kilang tersebut dikatakan jenis kelas A, bersaiz 1,000 kaki persegi dan 40% daripadanya telah terbakar ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd