Now Reading
[TERKINI] Lelaki Maut Lepas Terjun Dari Tingkat 3 Di KLCC

[TERKINI] Lelaki Maut Lepas Terjun Dari Tingkat 3 Di KLCC

Lelaki itu dikatakan berdiri di luar besi penghadang sebelum melompat.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Seorang lelaki dikatakan telah maut selepas terjun dari tingkat tiga di pusat membeli-belah, Suria KLCC, hari ini.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

Namun begitu, siasatan masih dijalankan terhadap kes ini.

Beberapa orang awam yang berada di sekitar kawasan itu berkongsi bahawa lelaki itu dikatakan berdiri di luar besi penghadang sebelum melompat dan sedar akan ketibaan pihak polis di tempat kejadian. Eskalator pusat beli-belah itu dikatakan telah ditutup selepas kejadian itu.


Sekiranya anda atau sesiapa yang dikenali merasa tertekan dan menunjukkan tanda-tanda kemurungan, Befrienders akan sedia membantu.

Telefon: 03-7956 8145
E-mel: sam@befrienders.org.my
Boleh dihubungi 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu.
Panggilan dari 8 telekomunikasi tempatan adalah percuma.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd