Now Reading
Beri Dadah Kepada Kanak-Kanak 3 Tahun, Ayah Tiri Mangsa Kini Diburu Polis Negeri Sembilan

Beri Dadah Kepada Kanak-Kanak 3 Tahun, Ayah Tiri Mangsa Kini Diburu Polis Negeri Sembilan

Doktor telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki berusia 38 tahun yang didakwa telah memberikan dadah kepada anak tirinya yang berusia tiga tahun di Negeri Sembilan.

Menurut laporan, ibu kepada kanak-kanak itu menyedari bahawa anaknya berkelakukan pelik setelah tinggal bersama ayah tirinya di Nilai pada 14 April.

Keesokan harinya, dia membawa anaknya ke wad pediatrik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan. Setelah itu, doktor telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine.

Kredit: AFP/Malay Mail.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya kini sedang memburu dan mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Mohd Fazley turut menambah bahawa suspek dikehendaki untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman.

Penyalahgunaan dadah di bawah umur

Penyalahgunaan dan ketagihan adalah masalah yang berterusan dan berleluasa di Malaysia, terutama dalam kalangan belia.

Kajian telah menunjukkan sejumlah kes dadah yang melibatkan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (NADA) juga menyatakan bahawa kanak-kanak seawal usia tujuh tahun mula ‘terpikat’ dengan dadah.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd