Now Reading
Raih Lebih 100K Shares, Resepi Daging Harimau Menangis Ini Memang Laris!

Raih Lebih 100K Shares, Resepi Daging Harimau Menangis Ini Memang Laris!

Resepi Daging Harimau Menangis ni memang famous betul. Hampir semua orang suka, lagi-lagi sos tu.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bila sebut je Daging Harimau Menangis, hampir semua orang tahu tentang menu yang tengah ‘hot’ ni. Mana-mana pun ada jual, siap ramai yang dah jadi stokis untuk penjualan daging ni.

Tambahan pula, kalau tengok di IG story, memang ramai yang muat naik tentang kesedapan Daging Harimau Menangis ni. Hmm, macam kena cuba je?

Kredit GIF: WiffleGif

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sarah telah berkongsi resepi Daging Harimau Menangis ini melalui perkongsian di dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Perkongsian itu seterusnya mendapat perhatian ramai dan dikongsikan semula oleh Makan Sedap Johor sehingga berjaya meraih lebih 103 ribu shares!

Ternyata laris juga ya resepi ini.

Resepi Daging Harimau Menangis ini lebih berbaloi kalau boleh buat dan olah sendiri katanya

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya:

Lada hitam
Daging (hiris nipis, senipis yg boleh. Baru cepat masak)
Kicap manis 3 sudu
Kicap lemak/manis 3 sudu
Sos tiram 5 sudu
Madu (suku botol)

  • Kalau tak ada kicap, letak kicap kipas udang sahaja pun boleh.
  • Kalau suka daging tu hitam, letak lebih sikit kicap. Kalau tak nak gelap sangat, letak dua sudu pun dah cukup.
  • Garam nak letak pun boleh kalau suka masin. Tapi saya tak letak sebab kicap dah ada rasa masin juga.
Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Hiris daging nipis-nipis dan tumbuk lada hitam sehingga hancur. Daging boleh beli batang pinang, cepat lembut juga sebab daging harimau menangis susah nak dapat.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Letak ke semua bahan kicap tadi.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Gaul sampai rata.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos pula:

  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Limau/lemon (ambil air sahaja)
  • Cili (nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa)
  • Gula
  • Sos thai (kalau sos yang macam dalam gambar tak jumpa, boleh guna sos maggi)
Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Bawang putih dadukan halus-halus.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Masukkan ke semua bahan-bahan.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Tuang sos dan kacau ke semua bahan. Dah siap!

Kemudian, daging tadi letak di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais. Perap daging tu, lagi lama lagi sedap. Selalunya kalau nak makan esok, malam tu dah boleh perap.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Masukkan daging, air daging masih ada dan goreng/bakar atas pan non-stick sampai air daging tu kering.

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook
Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook
Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Taraa, dah siap. Mudah je bukan?

Kredit: Cik Puan Sarah/Facebook

Selamat mencuba untuk berbuka puasa atau sahur nanti. 🙂


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd