Now Reading
Lelaki Ini Ajar Cara Nak Berniaga Dengan Shopee, Dapat 14k Retweets!

Lelaki Ini Ajar Cara Nak Berniaga Dengan Shopee, Dapat 14k Retweets!

Steps memang banyak tapi sebenarnya tak susah pun. Kalau nak cuba, apa salahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Zaman sekarang ni semuanya dihujung jari je. Nak beli apa-apa, tak perlu keluar dah untuk beli. Nak menjual pun boleh berniaga atas talian je. Antara laman yang paling hangat dikunjungi orang ramai adalah Shopee.

Laku keras barang-barang yang dijual sebab harga pun murah dan macam-macam benda yang ada dalam tu.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Retail Customer Experience)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana cara nak berniaga di Shopee ni? Untuk yang berminat, boleh baca tips yang dikongsikan oleh Mohd Zikrullah di laman Twitter tentang cara-cara berniaga di Shopee, dari awal hingga akhir.

Boleh baca perkongsian penuh di bawah:

Benda pertama, mesti kena ada smartphone, PC atau laptop. Internet pun kena stabil.

Menurutnya, orang yang membeli di Shopee ini adalah sebab free shipping, harga murah dan senang untuk banding harga, selamat dan susah untuk kena scam.

Mula-mula sekali kena sign up akaun dengan shopee. Nak menjual mesti kena ada akaun dan akaun tu akan digunakan untuk membeli dan menjual. Download aplikasi shopee siap-siap.

Antara tips untuk buat akaun baru, pastikan username/ID bukan nama personal, letak nama SSM kalau ada, nama yang senang orang sebut dan taip. Kenapa bukan nama sendiri? Sebab nanti ramai orang nak ‘usha’ di media social. Orang taip nama kat google, terus keluar macam-macam.

Lepas buat akaun shopee, boleh mula untuk membeli terlebih dahulu sebelum menjual. So, apply dulu shopee free shipping program. Ia kerjasama antara shopee dan poslaju/DHL untuk bagi free shipping pada buyer dan seller. Shopee tanggung free shipping dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat untuk free shipping adalah:

  • Kalau alamat pos tu semenanjung, cover postage bawah 5kg
  • Sabah & Sarawak cover 1kg ke bawah sahaja
  • Mesti minimum purchase RM40
  • Pembeli kena guna voucher yang shopee bagi

Boleh apply di sini.

Sebelum menjual, jom baca serba sedikit tentang ‘dropship’

Untuk bahagian produk description, memang kena hardsell

Menurutnya, Di shopee, kita buat hard sell terus. Bagi info tentang profuk seringkas dan sepadat yang mungkin. Tak perlu ayat bunga-bunga macam dalam FB. FB kita perlu buat copywriting yang power untuk pukau org datang ke iklan kita, tapi shopee direct terus je.

Seterusnya, proceed ke bahagian detail produk seperti brand, material, and so on. So kalau produk korang tu tak ada brand, jangan bantai je brand orang, letak je no brand atau oem. Tak ada masalah punya. Still ada orang beli.

Bila dah siap semua setting dan korang dah yakin, klik je publish. Produk kalau takda masalah, akan terus publish. Ada sesetengah produk, shopee nak review dulu. Takut langgar undang-undang. Selalunya mcm ubat kuat, kurus, suplement bagai tu.

Bila dah publish, korang list lagi produk lain sampai ada minimum 5 produk. Jangan buat satu je, hambar betul nampak kedai korang nanti. Kalau tak ada produk sangat, ulang produk sama sampai 5 kali. Tukar gambar first je.

Bila dah list macam ni, korang klik more operation then tekan boost. Yang tu free marketing shopee bagi untuk setiap 4 jam. Tapi korang kena rajin klik la. Dia akan up iklan kita based on kategori yang kita set.

My Sales: Tempat korang cek order masuk, dah post ke belum, cancel, complete atau order tu customer nak refund. Marketing centre tu tempat korang nak buat ads, buat voucher, buat diskaun, join shocking sale!

My Income: Tempat korang cek income yang korang buat dari shoppe. Berapa yang on-going, berapa yang dah release. So boleh trace dari sini income tu.

My Wallet: Tempat korang tengok duit yang shopee release pada korang berapa RM. Lengkap kat sini dari tarikh, nama dan order.

Ini pula penerangan untuk ‘payment flow’

Kalau korang ada ready stock. Lepas dapat order, shopee akan hold dulu duit tu, memang takkan dapat lagi. Kena pos dulu item tu dan lepas customer dapat barang, then dia puas hati, pastu dia klik “ received order”. Lepas customer klik received order tu, baru la shopee release payment tu. Tapi kena ingat! Shopee ambik 1% dari total sale korang tu. So kena kira siap-siap berapa untung tu.

Kalau customer tak klik received order tu, shopee akan release pyment tu dalam masa 3 hari. So kena sabar la sikit ye. Shopee bagi 3 hari tu sebab nak bagi masa untuk customer return atau refund kalau ada item yang rosak/salah hantar/tipu item.

Lepas customer dapat barang. Customer boleh rating korang 1-5 stars. So kalau nak rating tinggi dan cantik, make sure barang tu jangan tipu, delivery jangan lambat. Senang cerita. Pastikan barang tu seperti mana korang explain la. Kalau tak rating buruk. Takde sape dah nak beli pastu.

Lepas shopee release duit tu. Duit tak terus dapat tau. Duit tu akan masuk wallet shopee korang. So dari wallet tu, korang boleh membeli sepantas kilat di shopee. Kalau taknak beli pape korang boleh withdraw masuk akaun bank korang ye!

Korang boleh withdraw duit dari wallet tu, seminggu 3x je. Sehari sekali je. Tak boleh 3x terus dalam sehari. So korang plan la nak withdraw macam mana. Kalau aku, setiap minggu aku keluarkan. Masuk akaun sendiri la baru rasa tenang kan.

So yang plan nak buat bisness di shopee ni. Boleh la fikir nak buat macam mana. Kalau dropship, you kena dahulukan duit sendiri dahulu untuk bayar HQ. Kalau ready stock lagi bagus. Sendiri urus lagi senang. Boleh la try jual apa2 yang korang nak. Jual barang kedai RM2 pun boleh! Serius tak tipu. Korang gi la usha kedai RM2 tu.

Senang je kan? Goodluck untuk korang yang nak mencuba!

Kredit: ACEGIF

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd