Now Reading
Kes Covid-19 Cecah 2,000 Hari Ini. KKM Mohon Larangan Rentas Negeri Ditangguh

Kes Covid-19 Cecah 2,000 Hari Ini. KKM Mohon Larangan Rentas Negeri Ditangguh

Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kes Covid-19 ini tidak menunjukkan tanda-tanda stabil.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Malaysia mungkin akan memasuki gelombang keempat jangkitan Covid-19 kerana hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes baru melonjak melebihi 2,000 dan ia merupakan yang tertinggi dalam masa 41 hari.

Dari 2,148 kes baru yang dilaporkan hari ini (15 April), Sarawak telah mendahului dengan 512 kes, diikuti oleh Selangor (459) dan Kelantan (221).

Negeri lain dengan kes tiga digit hari ini adalah: Sabah (202), Johor (182), Kuala Lumpur (171) dan Pulau Pinang (134).

Kali terakhir kes baru Malaysia mencapai tahap ini adalah pada 5 Mac 2021 dengan 2,154 kes telah dilaporkan.

Data Covid-19 di Malaysia 2021.
(Kredit: Health Ministry)

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) rayu agar perjalanan merentas negeri terus dilarang

Menurut laporan The Vibes, Kementerian Kesihatan meminta kerajaan supaya menangguhkan kebenaran merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba pada bulan Mei nanti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan bahawa ini disebabkan oleh peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda stabil.

Kebimbangan juga meningkat setelah wujudnya varian baru coronavirus yang muncul dalam beberapa komuniti, terutamanya varian Afrika Selatan B.1.351.

Semalam (14 April), Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa sudah ada 17 kes varian Afrika Selatan di Malaysia.

Varian khusus ini bukan sahaja lebih mudah ditularkan tetapi suntikan vaksin kurang berkesan terhadapnya. Ia juga boleh memberi kesan kepada Program Imunisasi Nasional Covid-19.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd